KUALA LUMPUR – Semalam Terengganu FC (TFC) menerima perkhabaran duka beberapa jam sebelum menentang Negeri Sembilan dalam kempen kumpulan Piala Malaysia 2018 di Paroi.

Penjaga gol mereka, Suffian Abdul Rahman telah meninggal dunia yang menyebabkan kesedihan bukan sahaja dirasai oleh kem kelab itu malah turut dikongsi oleh kesemua peminat bola sepak tanah air.

Namun pasukan pelawat tetap berjaya melakar kemenangan dalam perlawanan ketiga dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1.

Kejayaan itu meletakkan Terengganu terus di puncak kumpulan A dengan permulaan sempurna memenangi semua perlawanan.

Dalam kenyataan di laman Twitter TFC, kelab itu menghadiahkan kemenangan buat Suffian dengan tanda pagar #Suffian29.

“Perlawanan pada malam ini para pemain sememangnya ingin membuktikan semangat juang mereka tidak akan pudar.

“Meskipun [pasukan] telah kehilangan salah seorang daripada ‘abang’ mereka yang sering berjuang bersama dan juga telah banyak berjasa dalam mendidik mereka untuk menjadi yang lebih baik.

“Para pemain tujukan kemenangan pada malam ini khas buat Allahyarham Suffian Ab Rahman dan kita dapat lihat semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh setiap pemain pada malam ini.”

“Alhamdulilah kita berjaya pada malam ini. Terus setia, terus percaya, kita akan terus berjuang!”. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.