Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Kongres Statistik Sedunia Institut Statistik Antarabangsa (ISI) ke 62 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2019

KUALA LUMPUR- Komuniti global seharusnya menggunakan Kongres Statistik Antarabangsa 2019 sebagai platform untuk membentuk satu ideologi yang mewakili penyatuan dan kesanggupan berkongsi data.

Menurut Perdana, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semua negara harus mengenepikan perbezaan masing-masing dan berusaha untuk mencapai kemakmuran bersama.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan dalam 17 Sasaran Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Malaysia komited untuk mencapai SDG yang telah ditetapkan dan sedang mengembleng tenaga dengan negara-negara lain untik menghapuskan semua jenis kemiskinan, melawan ketidaksaksamaan dan menangani perubahan iklim.

“Dalam masa kita mahu memastikan tiada siapa yang ketinggalan,” katanya semasa berucap di Kongres Antarabangsa Statistik 2019 di sini hari ini.

Tambahnya, statistik memainkan peranan penting dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik. -MalaysiaGazette