Foto Instagram Amira Othman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Amira Othman meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pada usia muda.

Melalui entrinya dalam laman Instagram miliknya, pelantun lagu Jaga-Jaga itu berkongsi amalan yang dilakukannya sebelum menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ujar Amira, dia membuat amalan itu supaya dirinya sentiasa mengingati Mekah dan Madinah.

“Saya letakkan gambar masa menunaikan umrah pada paparan skrin telefon.

“Ini supaya saya selalu ingat dan doa inilah tempat yang saya nak sangat-sangat datang,” katanya.

Amira yang menunaikan ibadat haji bersama penyanyi Wany Hasrita menambah dia tidak menyangka doanya dimakbulkan Allah pada waktu yang tepat.

“Doa sahaja sampai penat pun kena doa. Doa ini mustajab dan ajaib. Tak ada orang sangka.

“Takkan ada seorang manusia pun boleh sangka. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui,” tulisnya lagi.

Selain Amira dan Wany, beberapa selebriti tanah air yang turut melaksanakan rukun ibadat haji pada tahun ini iaitu Datin Seri Umie Aida, Neelofa, Erra Fazira, Aris Ariwatan, Fizo Omar dan Ashraf Muslim. – MalaysiaGazette