Joko Widodo. foto Al Jazeera

JAKARTA – Presiden Indonesia mahu memperuntuk sekurang-kurangnya AS$30 bilion untuk memindahkan ibu negaranya ke Kepulauan Borneo.

Pemindahan itu didorong oleh perubahan iklim – Jakarta dijangka tenggelam.

Presiden Joko Widodo sedang merancang untuk membina tembok gergasi untuk mengelak gelombang besar tetapi pemanasan global menunjukkan secara jelas bahaya kepada bandar-bandar yang berkedudukan rendah.

Selepas menganalisis 393 bandar-bandar di pesisir yang mudah terjejas di 31 negara, Bank Dunia menyimpulkan bahawa 40 peratus kerosakan itu berlaku akibat bencana taufan mengancam tiga bandar raya di Asia iaitu Jakarta, Indonesia, Manila di Filipina dan Karachi, Pakistan.

Lantaran itu Joko mahu memindahkan ibu negara Indonesia di Kalimantan, dekat Borneo, kepulauan yang dikongsi bersama dengan Malaysia dan Brunei.

Namun, sektor swasta dan pusat kewangan masih kekal di bandar metropolitan Jakarta yang memiliki 30 juta penduduk.

Peruntukan yang dicadangkan itu merupakan ‘hadiah besar’ kepada sektor swasta dengan peluang bagi projek pembangunan hartanah, bekalan gas, pengurusan hospitaliti dan lain-lain.

Rancangan untuk perpindahan itu akan dimulakan pada sekitar tahun 2024. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.