Pekerja dan bekas pekerja Utusan semasa mengadakan demotrasi berhubung masalah gaji di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR- Kehidupan 769 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Demi kasih dan setia kepada syarikat akhbar yang selama ini menjaga kebajikan mereka sekeluarga, para pekerjanya terus komited menjalankan tugas masing-masing walaupun mereka tidak dibayar gaji sejak beberpa bulan lalu.

Namun kesabaran ada had dan pada hari ini dengan berat hati lebih 150 kakitangan bukan eksekutif termasuk penerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS) berpiket selama sejam bermula pukul 1 tengahari di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, di sini.

MGF19082019_PIKET NUJ UTUSAN03
Pekerja Utusan memegang placard ‘Kami Semua Sayangkan Utusan’ semasa mengadakan demotrasi berhubung masalah gaji di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2019.

Terdapat peserta piket yang tidak dapat menahan kesedihan apabila menitiskan air mata.

Piket tersebut diketuai Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjuang Malaysia (NUJ), Mohd Taufek Razak merangkap Pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu Malaysia Berhad.

Mereka membawa kain rentang yang tertera perkataan ‘Hormati Hak Pekerja, Pengerusi Eksekutif gagal dalam perancangannya salah urus tadbir utusan semakin teruk; meminta campur tangan kerajaan, UMNO, Pejuang Melayu, Syed Mokhtar dan Tun Mahathir’.

MGF19082019_PIKET NUJ UTUSAN10
Pekerja dan bekas pekerja Utusan semasa mengadakan demotrasi berhubung masalah gaji di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2019.

Para pekerja Utusan Melayu menuntut syarikat membayar tunggakan gaji yang masih gagal dijelaskan sejak Julai lalu.

Artis Grafik Utusan Malaysia, Nik Mohd Hasmazi Hassan berkata, beliau telah berkhidmat dengan Utusan Melayu selama 23 tahun dan tidak pernah berdepan situasi getir sebegini.

MGF19082019_PIKET NUJ UTUSAN11
Pekerja, Nik Mohd Hasmazi Hassan bercakap kepada media selepas mengadakan demotrasi berhubung masalah gaji di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2019.

“Ini kali pertama, nasib saya dan sahabat-sahabat lain seperti jurugambar, wartawan dan kakitangan lain di Utusan menjadi tenat umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Ada saat saya terpaksa meminjam duit untuk mengisi minyak untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

“Lebih menyakitkan hati, anak yang selalu menerima wang kocek RM7 yang menyedari keadaan saya terus meluahkan perasaan ‘Tidak mengapa abah, saya tidak ada masalah abah beri duit kocek yang mampu’, sekaligus menyedihkan hati.

“Pernah sekali dia meminta duit untuk tujuan sekolah, saya tak tahu nak cakap apa,” kata dengan nada sebak.

Malahan terdapat wartawan yang pasangan mereka juga bekerja di Utusan Melayu tidak tahan untuk mejawap puluhan panggilan telefon daripada institusi kewangan yang mengutip bayaran balik pinjaman.

Ada juga wartawan dan kakitangan Utusan Melayu yang terpaksa meminjam ah long walaupun pernah membuat liputan berita tentang bahaya meminjam wang daripada ah long.

Perkara ini diakui Pengerusi NUJUM, Mohd Taufek Razak yang menyatakan sememangnya sememangnya ramai dalam kalangan pekerja syarikat itu melakukan pinjaman daripada ah long.

MGF19082019_PIKET NUJ UTUSAN13
Presiden NUJ Malaysia dan Utusan Melayu, Mohd Taufek Razak bercakap kepada media selepas mengadakan demotrasi berhubung masalah gaji di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2019.

“Saya tidak boleh cakap dalam bentuk angka tepat berapa ramai yang berhutang dengan ah long atas beberapa faktor termasuk keselamatan mereka.

“Tetapi jumlahnya ramai termasuk juga yang tak mampu yang nak beri anak susu dan keperluan harian.

“Selepas menerima sumbangan pelbagai bentuk termasuk susu dan beras dari situlah kami dapat tahu betapa ramai yang tenat dan terikat dengan hutang ah long,” katanya pada sidang media hari ini.

Ditanya mengenai terdapat desas desus yang mengatakan beliau dan NUJUM sengaja membesarkan isu gaji yang boleh diselesaikan syarikat, Taufek berkata, ia merupakan itu fitnah.

“Semua isu surat layang yang fitnah kami adalah berniat jahat. Sebenarnya isu tunggakan gaji tidak akan selesai.

“Semua dakwaan termasuk mengaitkan saya sebagai ejen DAP dan PKR adalah palsu. Saya tidak perjuangkan parti politik, sebaliknya kami menyuarakan dan memperjuangkan soal nasib tenat pekerja dan tunggakan gaji mereka,” katanya.

Taufek berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras yang meminta polis menyiasat terdapat pecah amanah oleh pengurusan syarikat disebabkan kegagalan menyumbang caruman pekerja untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan cukai pendapatan walaupun pada penyata gaji menunjukkan sebaliknya. – MalaysiaGazette