Program Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mark Adam menerima kecaman apabila gurauannya terhadap pengacara Sherry Alhadad yang mempersendakan saiz fizikal wanita itu.

Mark Adam yang menjadi juri jemputan pada program berkenaan memberi ulasan terhadap peserta program berkenaan iaitu Chaleeda Gilbert sebagai berpeluang besar turut mengaitkan bentuk badan Sherry.

This opportunity is big you see. Even the host is big (Peluang ini sangat besar, malah hos pun besar)” kata Mark Adam spontan.

Bagaimanapun, Alif Satar yang turut menjadi hos pada program itu ‘menyelamatkan’ keadaan dengan berkata, rakan seperjuangannya itu berbakat besar.

“Kamu betul, dia berbakat,” kata Mark Adam spontan.

Wajah Sherry ketika itu dilihat berubah dengan gurauan Mark Adam.

Klip video berdurasi 28 saat itu menjadi tular dan menjadi perdebatan di laman sosial sehingga nama tiga selebriti ini menjadi trending di Twitter pagi ini.

Rata-rata netizen menganggap gurauan penyanyi lagu Si Katak itu tidak kelakar sebaliknya bersifat body shaming.

Segelintir netizen pula memuji tindakan pantas Alif yang cuba meredakan keadaan selepas air muka Sherry kelihatan sedikit
berubah.

“Respek gila dekat Alif Satar sebab dia tak pernah body shaming badan Sherry walaupun selalu bekerjasama sebagai pasangan hos” ujar netizen.

Program Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada setiap Ahad. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.