Dr. Asmah razalli
Dr. Asmah razalli

KUALA LUMPUR – Sudah Sampai masa pihak pihak yang telah berjaya atas ulasan berita yang dihasilkan oleh kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd. menunjukkan rasa berterima kasih dan membalas jasa kakitangan syarikat akhbar itu dengan menyalurkan bantuan.

Malah kerajaan Malaysia di bawah kementerian berkaitan seharusnya lebih bersimpati dengan nasib kakitangan syarikat ituĀ  yang 100 peraatus rakyat Malaysia dengan tidak membiarkan isu diremehkan serta terbiar.

Ketua Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli berkata, kini apa yang perlu dilakukan ialah berhenti mempolitikkan nasib hampir 800 kakitangan Utusan Melayu yang perlu meneruskan hidup.

“Jangan mempolitikkan nasib rakyat yang membanting tulang menyara keluarga. Ahli ahli politik yang telah berjaya atas ulasan serta perkongsian akhbar Utusan sepatutnya membalas jasa Utusan membantu menyelesaikan kemelut antara akhbar Melayu nombor satu negara,” katanya dalam kenyataan.

Lebih 150 kakitangan Utusan Melayu bukan eksekutif termasuk penerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS) hari ini berpiket selama sejam bermula pukul 1 tengahari di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, di sini berikutan kegagalan syarikat membayar gaji mereka.

Malah Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia Mohd. Taufek Razak memberitahu, Pengerusi Eksekutif syarikat akhbar itu, Datuk Aziz Sheikh FadzirĀ juga memaklumkan mahu menutup syarikat akhbar itu jika pihaknya gagal menjual aset dan mendapatkan wang dalam beberapa minggu ini.

Menurut Asmah, nasib hampir 800 para pekerja Utusan Melayu yang mempunyai anak anak kecil serta tanggungan keluarga lain sangat menyayat hati sehingga ada yang hampir kehilangan rumah, kenderaan atau tidak mampu membiayai keperluan setelah hampir tiga bulan tidak menerima gaji mereka atau sesetengahnya hanya separuh gaji.

Tambah beliau, adalah amat malang serta terlalu menyedihkan jika akhbar Utusan Malaysia yang menjadi suara berita yang menyalurkan maklumat khususnya mengenai hal ehwal negara, Melayu serta agama sejak 80 an terpaksa dikorbankan kerana pengurusan yang lemah serta kewangan yang mengekang.

Berikutan itu, tambah beliau, campur tangan kerajaan diperlukan bagi menyelesaikan kemulut syarikat tersebut. – MalaysiaGazette