TERKINI : 14 September Penyatuan Ummah UMNO-PAS

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan peristiwa bersejarah pada 14 September ini yang menyaksikan penyatuan rasmi dua parti terbesar orang Melayu, iaitu UMNO dan Pas.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada tarikh itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menandatangani Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional.