Beribu-ribu penduduk Hong Kong menyertai demonstrasi yang menyokong demonstrasi. foto Agensi

SINGAPURA  – Beberapa buah universiti Singapura telah membatalkan program pertukaran penuntut ke Hong Kong selepas Singapura memberi amaran kepada rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke bandar raya itu susulan demonstrasi yang diadakan.

Minggu lalu, Kementerian Luar Singapura telah memberi amaran tersebut kerana protes menjadi tidak menentu dan berisiko menjadi kekerasan.

Tiga universiti Singapura – Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang dan Universiti Pengurusan Singapura – kemudian menasihatkan para pelajar bahawa program pertukaran penuntut dan lawatan ke Hong Kong telah dibatalkan. – MalaysiaGazette