TERKINI : “Isytihar Perang?” Himpunan Melayu Bangkit dan Perpaduan Ummah 2.0

Perhimpunan Melayu Bangkit dan Perpaduan Ummah 2.0 yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini di Pekan Rabu, Pasir Salak bukan untuk mengisytiharkan atau membangkitkan semangat untuk berperang kepada sesiapa.

Sebaliknya, himpunan itu dibuat bagi memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mengganggu gugat dan menghakis kedudukan Melayu dan Bumiputera di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Himpunan UMNO Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.