Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup hari ini dalam dagangan berhati-hati sementara menunggu hala tuju pasaran seterusnya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 0.49 peratus atau 7.88 mata lebih tinggi kepada 1,602.47 selepas mencecah paras tertinggi harian pada 1,605.53.

Petunjuk pasaran utama itu dibuka 1.67 mata lebih tinggi kepada 1,597.26.

Bagaimanapun, suasana pasaran cenderung kepada negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 401 berbanding 382, dengan 430 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik sedikit kepada 2.04 bilion unit bernilai RM1.75 bilion berbanding 1.99 bilion unit bernilai RM1.62 bilion pada Rabu.

Rakan Urusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata pasaran berada dalam tidak menentu, yang membawa kepada sentimen mengelak risiko.

“Kebanyakan pelabur menunggu apakah yang akan diperkatakan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell semasa simposium Jackson’s Hole esok, yang akan memberikan petunjuk mengenai keputusan penurunan kadar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelabur kebanyakannya yakin Fed akan melaksanakan penurunan kadar faedah, tetapi masih belum pasti sama ada ia adalah 25 mata atau 59 mata asas.

Seorang penganalisis berkata selain faktor-faktor global, pelabur runcit tidak memasuki pasaran tempatan kerana mereka melaksanakan pelaburan mengelak risiko.

“Dengan harga emas meningkat, ia adalah petunjuk mereka beralih kepada aset selamat dalam menghadapi kegawatan,” katanya.

Di bursa tempatan, AMMB menokok 24 sen kepada RM4.14, Dialog dan Digi naik dua sen masing-masing kepada RM3.49 dan RM5.00, manakala IHH dan Sime Darby meningkat satu sen masing-masing kepada RM5.67 dan RM2.10.

Dalam kalangan saham cergas, Vsolar turun 1.5 sen kepada 13.5 sen, Jaks susut setengah sen kepada 81.5 sen, Berjaya Land meningkat 1.5 sen kepada 24 sen, MNC Wireless mengukuh setengah sen kepada 8 sen dan NETX tidak berubah pada 1.5 sen.

FBM Ace meningkat 41.47 mata kepada 4,647.64, FBM 70 susut 19.79 mata kepada 14,135.95, Indeks FBM Emas menokok 36.40 mata kepada 11,338.79, Indeks FBM Emas Shariah menambah 36.26 mata kepada 11,869.95 dan Indeks FBMT 100 naik 38.41 mata kepada 11,174.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 75.95 mata kepada 15,588.11, Indeks Perladangan naik 21.88 mata kepada 6,772.65 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.75 mata kepada 150.39.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.31 bilion unit bernilai RM1.60 bilion berbanding 1.27 bilion unit bernilai RM1.47 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 404.69 juta unit bernilai RM95.73 juta berbanding 418.17 juta unit bernilai RM92.27.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 317.62 juta unit bernilai RM55.75 juta daripada 303.94 juta unit bernilai RM50.73 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 286.64 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (222.62 juta), pembinaan (106.14 juta), teknologi (110.58 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (40.32 juta), hartanah (164.73 juta), perladangan (12.17 juta), REIT (14.75 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (186.29 juta), penjagaan kesihatan (25.89 juta), telekomunikasi dan media (100.72 juta), pengangkutan dan logistik (29.82 juta),dan utiliti (17.00 juta). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.