Foto Facebook Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan melahirkan rasa simpati dan kasihan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat ketua-ketua parti komponen semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairuddin berkata, sepatutnya sebagai individu yang digelar perdana menteri kelapan (PM8), Anwar sepatutnya dijemput menghadiri mesyuarat seumpama itu, bagaimanapun keadaan perkembangan semalam menyaksikan perkara sebaliknya.

“Saya simpati dengan Anwar Ibrahim seolah-olah dirinya tidak diiktiraf dan saya mohon maaf di atas kenyataan saya!” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.

Khairuddin berkata, konco-konco Anwar amat yakin beliau bakal menggantikan Dr Mahathir dan golongan tersebut disifatkan sebagai kurang sabar dan tidak bernas sehingga membuatkan rakyat menyampah dengan agenda perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan.

“Puak-puak rakus kuasa ini juga tidak pernah mahu mempelajari kesilapan silam dan masih mengulangi kesilapan.

“Golongan ini memberi sokongan yang bakal membawa rebah buat selamanya kepada bos mereka.

‘Kini, saya rasa anwar ibrahim kena cerminkan mukanya dengan cermin yang paling besar!” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.