Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain.

KUALA LUMPUR – Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Bahagian Operasi Khas),  Rosli Husain tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa beberapa induvidu termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Jho Taek Low dan Nik Faisal Ariff Kamil telah ‘menipu’ Datuk Seri Najib Tun Razak dalam transaksi melibatkan jutaan ringgit.

Rosli yang merupakan saksi ke-57 dan terakhir perbicaraan kes perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. ketika di soal oleh Harvinderjit Singh tidak bersetuju dengan setiap cadangan peguam bela tersebut bahawa Jho Low telah menipu bekas Perdana Menteri itu dan menyeweleng dana jutaan ringgit tanpa pengetahuan Najib.

Rosli merupakan pegawai penyiasat kes tersebut pada 2015.

Harvinderjit juga bertanya kepada Rosli sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan bahawa Taek Low atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low juga ‘berkuasa’ dalam mengawal akaun Perdana Putra dengan mempergunakan beberapa orang dalam syarikat itu termasuk Ketua Eksekutifnya, Jerome Lee.

Malah Rosli juga tidak bersetuju, Nik Faisal yang merupakan bekas Ketua Eksekutif SRC International telah menipu dan memanipulasi akaun Ambank milik Najib.

Beliau berpendapat bukan Jho Low yang menipu, menyeleweng atau mencuri wang dari akauan Najib tanpa sebarang pengetahuan Ahli Parlimen Pekan itu. – MalaysiaGazette