TERKINI : Suspek Lelaki Cina Berdepan “Hukuman Mati Mandatori” – Kes Pergaduhan Jalan Raya

KAJANG – Suspek lelaki yang didakwa menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, berhampiran susur keluar Southville City dekat Bangi pada 10 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Kajang pagi ini.

Tertuduh Yew Wei Liang, 41, berpakaian baju kemeja T tanpa kolar berwarna hitam dengan tangan bergari dikawal beberapa anggota polis tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.