Peguam, Quratuladin Atiqah Norzahirul Anuar (kanan) bercakap kepada media mengenai kenyataan Pos Malaysia ditemani ADUN Balakong, Wong Siew Ki di Pusat Khidmat ADUN Balakong, Balakong, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 23 OGOS 2019

BALAKONG – Pos Malaysia Berhad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya di Facebook berhubung kiriman ugutan terhadap pembantu khas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki.

Malah, penyedia perkhidmatan mel itu juga perlu memohon maaf secara terbuka terhadap mangsa dan ahli keluarganya kerana perkara yang dikaitkan dalam kenyataan Pos Malaysia itu kini sudah dimanipulasi oleh warganet hingga mengeruhkan keadaan.

Dalam satu sidang media hari ini, Siew Ki melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Pos Malaysia yang telah membuat kenyataan secara melulu apabila menafikan ugutan jenayah diterima pembantunya itu sedangkan polis masih lagi menyiasat perkara tersebut.

Katanya, Pos Malaysia sepatutnya membuat siasatan dalaman berkenaan perkara itu memandangkan ia merupakan satu ugutan melibatkan senjata berbahaya yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pihak kami menghormati bahawa kes ini dalam siasatan polis dan kami berasa pihak Pos Malaysia juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum mengeluarkan kenyataan yang akhirnya telah dimanipulasi oleh banyak pihak, seakan-akan pihak kami telah membuat laporan palsu.

“Pihak Pos Malaysia sepatutnya meneliti dahulu isu dan keadaan semasa sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi apabila siasatan polis sedang dijalankan,” katanya pada sidang media itu.

Menurut Siew Ki lagi, Pos Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa jua kenyataan atau cuba menolak tanggungjawab sebelum mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan secara dalaman.

Meskipun memberi kenyataan balas daripada komen yang diutarakan oleh netizen namun, ia merupakan satu tindakan tidak adil kepada mangsa.

Siew Ki menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pos Malaysia sekiranya pihak terbabit mengabaikan permintaan mereka sehingga tempoh yang diberi Isnin ini.

Sementara itu mangsa Lee Khai Ming pada sidang media sama berkata, beliau turut berasa kesal dengan sikap Pos Malaysia yang telah menjawab pertanyaan netizen di laman sosial itu seolah-olah memberi gambaran bahawa laporan polis yang dibuat olehnya adalah rekaan semata-mata.

Katanya, beliau bimbang jawapan yang diberikan oleh Pos Malaysia itu akan mengundang pula tanggapan pihak lain hingga boleh menimbulkan isu perkauman.

“Saya ada bukti terhadap kiriman yang diterima oleh isteri saya berdasarkan rakaman CCTV di rumah menunjukkan sampul surat berisi keris diterima daripada posmen yang menghantarnya pada hari kejadian.

“Saya sudah serahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan tetapi apa yang dilakukan oleh Pos Malaysia dengan membuat kenyataan balas terhadap komen di Facebook, ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili mangsa Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menegaskan: “Sepatutnya Pos Malaysia yang memberikan perkhidmatan berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada orang awam. Sebab maklum balas yang diberikan adalah respon daripada pertanyaan orang awam disatu link berita.

“Pos Malaysia ataupun admin group itu perlu menilai keadaan semasa sebelum meberi apa-apa jawapan.

“Kita faham ini satu standard jawapan, tapi dalam masa sama sebelum beri apa-apa jawapan lebih-lebih lagi kes ini dalam siasatan polis mereka perlu berhati-hati dan tidak boleh beri kenyataan mudah sebegitu sebab mereka perlu peka dan boleh baca keadaan semasa,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembantu Politik ADUN Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali, disyaki ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi.

Lelaki berusia 42 tahun itu dilapor menerima sampul berkenaan pada pukul 5.15 petang pada Selasa yang dialamatkan ke rumahnya di Kajang.

Pembantu ADUN itu tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan. – Malaysiagazette

29 Komen

    • Betul seperti yang diperkatakan. Pihak Pos Malaysia memberitahu bahawa SOP terhadap pertanyaan netizen tentang barangan-barangan yang dilarang untuk penghantaran melalui Pos Malaysia. Kenapa pula pula Pos Malaysia pula yang dipersalahkan ?

    • Pos Malaysia has the right to educate the PUBLIC via through Posters, Sticker, or even electronic media.

  1. Dah pecah rahsia menipu , lagi mahu spin. Itu SOP POS Malaysia bandingkan lah dgn modus operandi dan motif kes.

    Kesimpulannya ialah kantoi.

  2. Ala. Tak da apa akan jadi kat pos malaysia. Takde kesalahan pun. Tengok la dalam mahkamah nnt. Kalau cerdik, takde la buat kenyataan macamtu nk kata pos malaysia salah.

  3. Ini lawyer nak cari makan namanya. Pos tu cakap sebagai customer service. Pos cuma mengulangi apa yang tertera dalam polisi mereka. Jadi apa masalahnya? Semakin lama semakin tak masuk akal la puak DAP ni buat kenyataan.

  4. bukannya pos laju tu buat tuduhan.dia jawab je pertanyaan pengguna yg bertanya.yg nk peguam bagai dh kenapa.apa yg sepatutnya ditarik blk klu benda betul.yg peguam melayu tu bca tk pos Malaysia tu jawab ap pada pengguna.klu nk salahkan pos Malaysia pun tak boleh SBB yg putar belit kenyataan yg benar bukan pos malaysia
    .klu betul2 taknak kecoh kes ni Dan biar polis buat siasatan Baik elak hebohkan yg dikatakan ugutan ni pada media.pi je buat report polis pastu biar polis siasat.jangan asyik nampak org je salah korang je betul.

  5. Harap pihak peguam dan “mangsa” berhati-hati dan tidak membuat kenyataan media sedangkan kes ini dalam siasatan. Ugutan ini memberi gambaran terhadap kebangangan diri sendiri. Sekian terima kasih

  6. Peguam ni pun nk carik mkn agak² la…pos malaysia cuma jawab S O P atas pertanyaan drpd netizen…nape pulak mangsa nk melenting? Setau aku barang² berbahaya ni mmg dri dlu lg x pos x ambik…kalau ada mmg kena rampas

  7. Peguam dan adun balakong pun perlu melihat keadaan semasa soalan ditanya dan jawaban dari pihak pos. Tiada unsur yang boleh mengganggu mana2 pihak dgn soalan dan jawaban berkenaan. Biarlah pihak yg berwajib mnjalankan tugas mereka, takkan dengan komen2 netizen boleh membunuh anda semua.

  8. Siapa yang tulis artikel ini? Nama peguam yang mewakili ADUN Balakong macam salah.

  9. Peguam pon…mcm dh tkde kes lain nk bela… Try peguam melayu Islam ramai2 gi bela DZN nun.. Ada juga pekdahnya..

  10. Pos Malaysia tu jawab secara umum… X de pulak mention ke mana2 pihak… Dia jawab apa yg patut.. x de salah pun… Tp mmg x logik la pos keris dlm sampul boleh lepas… Sbb Mana boleh pos barang melalui pos biasa..
    Awal2 dah kena reject .. x sempat nak dicop pun setem tu… Pelik bebenor…

  11. Di harap POS Malaysia tidak mintak maaf pada. Dah malu sebab kebodohan sendiri, ADUN ni cuba nak alihkan perhatian.

    Peguam tu pun sama x cerdik..

  12. Dia punya sensitiviti nak kena jaga, orang punya sensitiviti tak mau jaga. Lantaknya, POS MALAYSIA. Awak tak buat apa-apa salah. Dia cuma nak tunjuk hebat, guna simpati masyarakat untuk naikkan imej. Atau nak alih perhatian isu sebenar.

  13. This is getting more and more ridiculous. No matter how she spins it, nobody in the right frame of mind would see fault with POS Malaysia’s reply

  14. Lawak btol puak2 ni… harap pos malaysia balas dengan apa yang telah berlaku.. kita tengok siapa yang kena.. berani kerana benar… perkara ini boleh menjejaskan imej pos malaysia.. kalau boleh sama mereka dab peguam itu sekali…

Comments are closed.