Rosli Husain. foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi terakhir perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini mengingatkan peguam bela bekas Perdana Menteri supaya tidak mengajukan soalan berbentuk perangkap.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain kelihatan tidak selesa dengan pemeriksaan balas berhubung kegunaan wang dari akaun Datuk Seri Najib Razak yang antara lainnya disebut demi kebajikan, menambah baik pondok polis di kediamannya dan bantuan kepada bekas pekerja seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kata Rosli yang merupakan saksi terakhir, apa yang penting dalam siasatannya adalah punca wang yang diperolehi oleh Najib dan bukan kegunaannya.

“Dari mana wang dalam akaun itu? Puncanya? Tuan jangan perangkap saya,” katanya mencelah pemeriksaan balas oleh Farhan Read.

Farhan bertanya adalah Rosli bersetuju kegunaan wang dari akaun Najib bukan bertujuam kemewaham tetapi sebagai bantuan dan keperluan.

Farhan: Tuan setuju bagi seorang Perdana Menteri pada masa tersebut, ahli politik, beliau perlu menganjurkan aktiviti keraian di kediamannya?

Rosli: Ya setuju.

Farhan: Pembinaan tangki air di rumah Najib Razak menjurus keperluan bebanding kemewahan

Rosli: Saya hanya siasat tentang berkaitan wang digunakan UMNO.

Farhan: RM29 juta untuk tujuan kebajikan dihabiskan Datuk Seri Najib.

Rosli: Saya tidak pernah dengar.

Sebelum tamat pemeriksaan balas oleh salah seorang peguam bela Najib, Rosli tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Najib hanya menggunakan 1.6 peratus daripada wang dalam akaunnya untuk tujuan peribadi.

Farhan: Jumlah beliau gunakan jika ini katakan 1.6 peratus untik tujuan peribadi?

Rosli: Itu awak punya pendapat.

Farhan: Paten perbelanjaan apa yang dibelanjakan beliau adalah selari tujuan mengapa beliau menerima sumbangan?

Rosli: Tidak setuju.

Farhan: Saya katakan bahawa ini menunjukkan Najib tidak ada niat curang penggunaan wang tersebut

Rosli: Tidak setuju. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.