KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikatakan beroperasi seperti pada tahun 1950-an.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Rarecation Travel Sdn. Bhd, Saiful Nang, semua proses di KLIA dijalankan secara manual disebabkan oleh gangguan sistem operasi yang berlaku sejak semalam.

“Apa yang berlaku sistem tergendala dan menyebabkan KLIA berfungsi seperti pada tahun 1950-an dahulu.

“Kalau kita lihat situasi kat sini macam kenduri, turun sahaja daripada kapal terbang, semuanya dibuat secara manual sampai ke semua peringkat. Sistem imbas pasport tidak boleh guna, kena guna proses manual dengan cop.

“Boleh bayangkan betapa rumitnya proses untuk mendapatkan bagasi, bayangkan sistem di KLIA antara yang mendapat anugerah namun hari ini kena guna proses manual,” katanya di Facebook rasmi, Rarecation Travel.

Rarecation Sdn Bhd
Rarecation Sdn Bhd

Saiful yang baru tiba daripada Auckland, New Zealand berkata, proses untuk mendapatkan bagasi juga mengalami masalah sama.

Ini kerana setiap bagasi yang dibawa turun daripada pesawat akan menjalani proses manual kerana sistem pengimbasan tidak dapat dilakukan buat masa ini.

“Boleh bayangkan betapa rumitnya proses untuk mendapatkan bagasi, bayangkan sistem di KLIA antara yang mendapat anugerah namun hari ini kena guna proses manual.

“Bayangkan KLIA berfungsi pada tahun 1950 dengan setiap beg yang masuk daripada kapal terbang kena tulis setiap nombor tag dia secara manual.

“Lebih teruk penerbangan transit, mesti akan berlaku penangguhan dan semua beg terpaksa dibawa turun dan direkodkan secara manual dan dibawa naik semula untuk pemeriksaan,” jelas beliau lagi.

Sejak semalam, sebanyak 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguh di terminal utama KLIA termasuklah ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.