Syed Saddiq bersama Dr Zakir Naik.

KUALA LUMPUR – Tidak ada seorang pun yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf.

Itu adalah ciapan Menteri  Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twiter hari ini diiringi dengan empat keping gambar beliau bersama pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Ahli Parlimen Muar itu menambah: “Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.

“Tidak perlu nak mendabik dada & mengeruhkan keadaan lagi. Let’s move on. The country needs healing!”.

syed saddiq1
Foto yang dimuatnaik Syed Saddiq di laman Twitternya.

Katanya, Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan  agama, oleh itu kesederhanaan mengatasi ekstremisme.

“Kesatuan kita, adalah kekuatan kita. Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Unity in diversity. Stronger, together, forever,” katanya.

Dr Zakir Naik mencetuskan kontroversi apabila didakwa melontarkan ucapan menyentuh sensitiviti kaum India dan Cina di negara ini.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mendesak supaya Dr Zakir Naik dihantar pulang ke negara asalnya di India, namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pendakwah itu kekal di Malaysia dan status penduduk tetapnya hanya akan ditarik dia beliau terbukti mencetuskan ketegangan antara kaum. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.