Paul Yong

KUALA LUMPUR – Exco Perak, Paul Yong yang didakwa atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya diminta tidak mengheret rakyat dalam kesnya.

Ini kerana, rakyat bukan ‘baju kali peluru’ Paul, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Katanya, Paul sepatutnya mengambil cuti daripada tugasnya sementara perbicaraan berjalan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Paul mahu meneruskan tugas walaupun dinasihatkan supaya bercuti.

Yong berkata, beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak serta belum dijatuhkan hukuman.

“Saya tidak buat apa-apa. Saya masih lagi Exco Kerajaan Negeri dan saya akan berkhidmat untuk rakyat yang memberi mandat kepada saya.

“Mengapa saya perlu bercuti Saya belum dijatuhkan hukuman,” katanya.

Yong, 49, sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berusia 23 tahun, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Paul dinasihatkan bercuti daripada tugas rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan bagi menghormati proses undang-undang.

Shahir berkata, Paul dilihat berdegil apabila tidak mengendahkan nasihat Menteri Besar Perak dengan alasan dia mendapat mandat rakyat.

“Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengingatkan Paul Yong bahawa adalah tidak wajar mengheret rakyat yang menyokong Pakatan Harapan ke dalam kes rogol ini. Rakyat bukan “baju kalis peluru” Paul Yong,” tambahnya sambil melahirkan rasa terkilan dengan segelintir pemimpin DAP yang mengaitkan kes rogol ini sebagai satu konspirasi politik, walhal perbicaraan baru bermula.

Pemimpin DAP hipokrit kerana pernah menyuruh Datuk Seri Najib Razak bercuti berkaitan kes 1MDB, yang ketika itu masih belum dibicarakan lagi.

Kini, lain pula nada mereka berkenaan kes Paul.

“Harus diingat, kes rogol adalah satu dakwaan yang berat. Pakatan Harapan harus mengotakan janji mereka yang mahu mendokong aspirasi “rule of law”.

“DPIM berharap Pakatan Harapan tidak pilih bulu dalam melaksanakan aspirasi “rule of law” ini. Jelas, aspirasi ini harus dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak terhad hanya kepada pemimpin-pemimpin pembangkang dan pengecualian diberikan kepada pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.