LONDON – Pemain tengah, Mason Mount membuktikan dia layak menjadi pemain utama Chelsea selepas meledak jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 20 tahun itu meledak lagi jaringan ketika Chelsea merakamkan kemangan 3-2 ke atas Norwich City malam tadi.

Kejayaan itu kemenangan pertama Chelsea musim ini.

Sentuhan penyudah Mount kini menjadi sebutan selepas dikatakan memiliki persamaan dengan jaringan idolanya, Frank Lampard yang juga pengurus kelab.

Mount merupakan produk akademi yang mengikat kontrak dengan pasukan senior pada 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast