Yang Hengjun (Gambar sumber: https://www.bbc.com/news/world-australia-49479020.

ANKARA – Seorang ahli akademik Australia ditahan pihak berkuasa China atas tuduhan mengintip, lapor agensi berita Anadolu memetik laporan media pada Selasa.

Yang Hengjun, 54, ditahan pada Januari lalu di lapangan terbang di Guangzhou sejurus tiba dari Amerika Syarikat bersama dengan keluarganya, lapor ABC News Australia.

Kes sedang disiasat jika terbukti bersalah, beliau mungkin berdepan hukuman penjara atau hukuman mati.

Menteri Luar Australia Marise Payne berkata Hengjun ditahan di China kerana disyaki melakukan kegiatan mengintip pada 23 Ogos.

“Dr Yang telah ditahan selama tujuh bulan di Beijing tanpa sebarang dakwaan. Sejak itu, China tidak menjelaskan sebab Dr Yang ditahan dan tidak membenarkannya menghubungi peguam atau keluarganya,” kata Payne.

Kementerian Luar China mengesahkan penahanan Yang pada Januari kerana disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah yang mengancam keselamatan negara.- BERNAMA