Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhriz Mahathir

KUALA LUMPUR- “Lebih baik mengaku (negara) ada masalah kemiskinan daripada mengelat,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Beliau diminta mengulas dapatan wakil khas PBB yang mengatakan data rasmi kemiskinan tegar di Malaysia adalah tidak tepat.

Menurut Muhkriz, sekiranya garis pengukur kemiskinan dinaikkan ke paras RM1,200 sebulan misalnya, jumlah isi rumah yang dikategorikan miskin tegar akan meningkat.

“Bukan kita mahu ramai orang miskin tetapi bila kita mengakui data sedemikian ia akan memudahkan lagi usaha kerajaan untuk membantu orang miskin.

“Ia membolehkan kerajaan meluluskan bajet yang lebih banyak supaya usaha membantu orang miskin menjadi lebih agresif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran penerbangan Qatar Airways ke Langkawi di sini hari ini.

Minggu lepas, Wakil Khas PBB bagi Kemiskinan dan Hak Asasi, Philips Alston mengumumkan hasil dapatan selepas mengadakan lawatan 11 hari ke Malaysia.

Beliau berkata, data rasmi kemiskinan yang diumumkan Malaysia iaitu 0.4 peratus adalah tidak tepat kerana ia tidak mengambil banyak faktor antaranya kos sara hidup.

Ini menunjukkan lebih ramai rakyat di Malaysia miskin berbanding angka rasmi yang digunakan kerajaan.-MalaysiaGazette