PNB
Abdul Rahman Ahmad

KUALA LUMPUR –  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd (Sime Darby) berkuat kuasa 31 Oktober ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang akan bersara pada tarikh itu kerana masalah kesihatan.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh Sime Darby kepada Bursa Malaysia.

Abdul Rahman akan menyertai Sime Darby sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif pada 1 September 2019 sebelum menjawat jawatan pengerusi.

Sime Darby adalah syarikat strategik utama PNB dengan penguasaan  52 peratus kepentingannya. – MalaysiaGazette