Imran Khan

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan sedang mempertimbangkan untuk menutup ruang udara Pakistan kepada India dan menyekat laluan perdagangan darat ke Afghanistan, kata menteri sains dan teknologi.

Pakistan membuka semula ruang udaranya ke India pada pertengahan Julai, setelah ditutup pada bulan Februari selepas serangan oleh kumpulan militan yang berpangkalan di Kashmir yang dikuasai oleh orang Islam.

Ketegangan dua hala itu berlaku lagi pada bulan ini apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi membatalkan status khas Kashmir – yang mana penduduk di bahagian India tidak boleh membeli hartanah atau bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Sejak itu, berlaku tunjuk perasaan dengan mambaling batu kepada pasukan keselamatan di wilayah Himalaya dan tentera Pakistan memaklumkan askar India telah membunuh seorang lelaki dan gadis.

Fawad Chaudhry berkata, Imran telah berhujah sama ada untuk menutup ruang udara kepada India dan laluan darat ke Afghanistan.

“Pelaksanaan undang-undang bagi keputusan ini sedang dalam pertimbangan….Modi memulakan, kami menamatkan,” kata Chaudhry menerusi Twitter.

Selepas serangan Februari lalu, Pakistan dan India melakukan serangan udara di wilayah masing-masing dan jet pejuang bertempur di ruang udara Kashmir hingga pesawat India ditembak jatuh.

Penutupan ruang udara memaksa pesawat-pesawat komersial melakukan lencongan panjang yang menelan kos berjuta-juta dolar.

Dalam usaha untuk mengurangkan sekatan ke atas penduduk awam Kashmir, kerajaan Jammu dan Kashmir memaklum bahawa semua sekolah tinggi dibuka di beberapa kawasan. – MalaysiaGazette