Murid-murid perlu dapat makanan berkhasiat

HANOI — Kerajaan mempunyai bajet untuk pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini,

Dalam satu catatan laman Facebooknya berkata bermula Januari 2020, sarapan percuma akan disediakan buat semua pelajar di sekolah rendah seluruh negara.

“Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Terbaru, beliau turut memuatnaik foto dengan input soalan lazim mengenai PSP, antaranya waktu pelaksanaan, peruntukan kewangan dan cara pengurusannnya.

Berita selanjtnya selepas ini.

— BERNAMA