Warga Iran didakwa merogol gadis berusia 20an menghilangkan diri selepas dituduh di mahkamah dan dibebaskan dengan bail kini diburu polis UK.

ENGLAND – Tindakan mahkamah majistret Britain membebaskan suspek perogol dengan ikat jamin ekoran tidak dapat mencari jurubahasa mahkamah akhirnya menimbulkan masalah.

Ini kerana tertuduh warga Iran mengambil peluang itu denganĀ  meloloskan diri dari United Kingdom.

Halwest Muradi, 24, didakwa merogol seorang wanita berusia 20-an pada November lalu di Colchester, Essex.

Tertuduh ketika dihadapkan di mahkamah telah dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah pada 31 Julai lalu namun mahkamah Ipswich mendapat maklumat tertuduh kini telah menghilangkan diri.

Sebelum itu tertuduh ditahan di belakang van Amazon di KZent dan dibawa ke mahkamah majistret di Chatham pada 2 Ogos lalu kerana melanggar undang-undang.

Bagaimanapun selepas mendapati jurubahasa tidak dapat diperoleh, maka mahkamah bertindak menahan suspek sebelum pendakwa menjelaskan bahawa oleh kerana tidak dapat mencari jurubahasa, pihaknya juga tidak dapat melanggar jamin yang berhak diperoleh suspek.

Tertuduh sepatutnya hadir ke mahkamah untuk memohon maaf.

Hakim David Pugh berkata Muradi telah dituduh merogol dan didapati sangat luar biasa dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahkamah dimaklumkan polis telah menggerakkan operasi mencari tertuduh yang kini menghilangkan diri sejak dijamin mahkamah.

Wajah tertuduh juga telah disiarkan di akhbar tempatan selain menagih bantuan polis antarabangsa.

Pugh mengeluarkan waran tangkap ke atas Mulradi dan polis percaya tertuduh masih bebas dan berada di daerah Swansea,” tegasnya.- MalaysiaGazette