Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre kini sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pukul 2 petang tadi.

Beliau yang mengalami keracunan makanan yang ringan dimasukkan ke hopital kelmarin untuk rawatan.

Semalam, bercakap kepada media di Hanoi, Vietnam, Tun Dr Mahathir Mohmad memberitahu, beliau akan melawat isterinya di hospital sekembalinya ke tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke negara itu.

Isnin lalu, jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.

“Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat,” menurut jurucakap itu. – MalaysiaGazette