OTTAWA – Air Canada diperintah membayar pasangan yang berbahasa Perancis sebanyak 21,000 dolar Canada (AS$15,700) dan memohon maaf kerana melanggar hak bahasa mereka.

Pasangan itu mengadu bahawa papan-papan tanda mengenai penerbangan domestik yang mereka ambil hanya dalam bahasa Inggeris, sementara versi Perancis yang digunakan kurang menonjol.

Seorang hakim memutuskan bahawa syarikat penerbangan itu melanggar undang-undang dua bahasa Kanada.

Air Canada memberitahu mahkamah ia akan menggantikan papan-papan tanda.

Sebanyak 22 aduan telah difailkan oleh Michel dan Lynda Thibodeau terhadap syarikat penerbangan itu pada tahun 2016.

Mreka berpendapat bahawa perkataan “lift” (buka) terukir pada tali pinggang keledar mereka dalam bahasa Inggeris tetapi bukan dalam bahasa Perancis, manakala terjemahan kata-kata Perancis seperti “keluar” adalah dalam aksara yang lebih kecil.

Mereka juga mengadu pengumuman berlepas penerbangan ke Montreal dibuat sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Air Canada secara sistematik telah menyalahguna hak linguistik Perancis,” kata pasangan itu menurut keputusan kehakiman.

Air Canada adalah tertakluk kepada Akta Bahasa Rasmi negara, yang memastikan bahasa Inggeris dan Perancis diberi status yang sama. – MalaysiaGazette