KUALA LUMPUR – Enjin carian gergasi, Google memperkenalkan doodle kelopak Bunga Raya sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 hari ini.

Bunga Raya adalah bunga kebangsaan Malaysia.

Bulatan tiga kuntum Bunga Raya memaparkan tradisi Melayu sulaman songket metalik, – teknik untuk menghiasi kain dengan emas, yang digunakan oleh golongan bangsawan dan kerabat.

Menurut Google, Bunga Raya dijadikan bunga kebangsaan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan untuk mencerminkan sambutan perpaduan di negara yang pelbagai budaya.

Lima kelopak bunga itu mewakili lima prinsip falsafah kebangsaan Malaysia, yang juga dikenali sebagai Rukun Negara.

Ini bukan kali pertama Google meraikan Hari Kemerdekaan negara melalui doodle.

Doodle pertama dilakukan pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2007 yang menampilkan wau (layang-layang Malaysia). – MalaysiaGazette