Mohammad Jamil Abdul Hamid yang memakai topi tradisi Punjabi menjadi tumpuan orang ramai yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 31 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Seorang tukang jahit tampil dengan keunikannya sendiri menghasilkan Kullah, topi tradisi Punjabi yang dipakai di atas kepala.

Mohammad Jamil Abdul Hamid, 55, sanggup mengambil masa sebulan untuk menjahit Kullah dengan corak Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62.

“Khas untuk Hari Merdeka, saya buat idea macam mana tampil kelainan. Saya mengambil masa sebulan jahit Kullah.

“Kain yang digunakan tidak sampai 10 meter,”katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Dataran Putrajaya selepas sambutan Hari Kemerdekaan. 

Bukan itu sahaja, tukang jahit yang mempunyai pengalaman selama 42 tahun itu turut menjahit sendiri persalinan blazer yang bercorak Jalur Gemilang.

Meskipun  kos persalinannya termasuk Kullah itu menurut Jamil mencecah RM2,020, namun Jamil tidak rasa membazir demi menunjukkan rasa cintanya kepada negara setiap tahun. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast