LYON, Perancis – Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain cedera di bandar Villeurbanne dekat sini selepas serangan menggunakan pisau, kata sumber polis kepada Reuters.

Mangsa dikatakan berusia 19 tahun.

Suspek yang membawa sebilah pisau telah pun ditahan, kata sumber, manakala sumber kedua pula memaklumkan suspek yang merupakan seorang lelaki itu memberitahu polis dia adalah seorang warganegara Afghan.

Menurut sumber polis, motif serangan masih belum diketahui.

Pihak berkuasa dikatakan masih lagi memburu suspek kedua bagaimanapun menurut sumber kedua, pemburuan tersebut tidak lagi diteruskan.

Penyerang menyerang penduduk yang sedang menunggu bas dan kemudiannya lari ke stesen bawah tanah sebelum ditangkap oleh penduduk tempatan serta kakitangan tren, kata Datuk Bandar Lyon, Gerard Collomb kepada pemberita.

Sebuah helikopter digunakan untuk mengawasi kawasan berkenaan.-Agensi