Max Sylvester berjaya mendaratkan Cessna selepas hampir sejam diajar oleh pengendali-pengendali pesawat. foto Agensi

SYDNEY – Seorang penuntut juruterbang di Australia berjaya mendarat dengan selamat semasa dalam latihan penerbangan pertama selepas pengendali pesawat berkenaan pengsan secara tiba-tiba.

Max Sylvester telah membuat panggilan kecemasan kepada kawalan udara selepas sejam melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat Cessna.

Beliau memaklumkan jurulatihnya pengsan.

Pengendali-pengendali pesawat di Lapangan Terbang Perth telah menunjuk ajar Max untuk mendarat.

Max dalam panggilan kecemasan memberitahu, jurulatihnya secara tiba-tiba pengsan dibahunya. Walaupun beberapa kali dikejutkan tetapi gagal.

Ketika kejadian ia merupakan latihan pertamanya di udara.

Namun, selepas diarah pandu, pesawat yang dipandu Max berlegar di Lapangan Terbang Jandakot Perth hampir sejam.

Max yang mematuhi arahan berjaya mendarat di landasan dengan selamat sambil disaksikan kru darat dan keluarganya.

Jurulatihnya dikejarkan ke hospital sebaik sahaja pesawat berkenaan mendarat. Dia dilaporkan stabil.

“Tiada sebarang kerosakan langsung pada pesawat, bahkan ia adalah pendaratan yang cukup sempurna,” kata Chuck McElwee, pemilik latihan juruterbang itu. – MalaysiaGazette