MIAMI – Taufan ‘Dorian’ membadai Bahamas selama dua hari.

Ribut Kategori 5 itu bergerak ke arah barat pada kelajuan 130 kilometer sejam (km/j).

Agensi melaporkan, taufan Dorian di anggap maut dan mampu membawa kemusnahan besar kepada Bahamas untuk kali pertama.

Perdana Menteri Bahamas, Dr Hubert Minnis dalam akaun Twitter memaklumkan pihaknya sedang berdepan dengan semua kemungkinan dan memohon semua pihak mendoakan keselamatan penduduk.

Namun demikian Dr Hubert pada masa sama melahirkan rasa terkilan dengan segelintir penduduk yang tidak mengambil berat tentang amaran pihak berkuasa.

“Hari ini mungkin paling sedih dan dahsyat untuk saya maklumkan kepada sekalian warga Bahamas. Pada masa ini kita sedang berdepan dengan taufan  tidak pernah kita saksikan di Bahamas.

“Saya sudah diberikan taklimat dan juga berikan arahan pada masa ini.

“Kepada semua, tolong doakan kami. #HurraicaneDorian

“Pihak berkuasa sudah keluarkan amaran awal namun ada juga degil untuk berpindah,” katanya.

Selepas menuju ke Bahamas, taaaufan tersebut dijangka bergerak ke barat laut namun tidak akan melanda Florida secara langsung.

Selain Florida, agensi ramalan cuaca memberi amaran ribut kategori 5 itu akan menjejaskan jutaan penduduk di Carolina Utara dan Carolina Selatan.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) memaparkan imej taufan Dorian yang membadai Bahamas.

Dorian berpotensi memberi ancaman nyawa dengan kemusnahan harta benda yang teruk.

Presssiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan lawatan kerjanya ke Poland kerana mahu berada di Washington bagi memantau taufan itu. – MalaysiaGazette