Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tidak salah memilih kedai atau produk mana yang ingin dibeli pengguna.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, itu hak pengguna dan gunakannya dengan bijak.

“Orang lain sudah lama menggunakannya, tanpa heboh!,” katanya dalam akaun Twitter.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Pas dan UMNO mengambil pendirian mengutuk kempen memboikot produk bukan bumiputera.

Kata Menteri Kewangan itu, kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna.

Kata Guan Eng, perbuatan memboikot produk bukan bumiputera itu sudah mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.

Bagaimanapun, Annuar berkata, rakyat mungkin mendapat ilham memboikot itu daripada pendekatan ‘Buy British last policy’ yang pernah dilaksanakan negara satu ketika dahulu.

Apa pun, katanya, buarlah pengguna yang tentukan apa yang mereka mahu.

Tambah beliau, dasar boikot sudah lama dijalankan oleh pihak pihak tertentu secara halus.

“UTUSAN MELAYU adalah antara mangsa tindakan sedemikian,” katanya. – MalaysiaGazette