Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo.

LISBON – Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Portugal buat kali ke-10.

Pemain berusia 34 tahun itu mendominasi anugerah tersebut selepas memenanginya buat kali pertama sejak 2007.

Dia hanya terlepas gelaran itu pada 2010 dan 2014 yang menyaksikan Simao dan Pepe merangkul gelaran tersebut.

Ronaldo menewaskan pencabarnya Joao Felix dari Atletico Madrid, Bernardo Silva (Manchester City), Bruno Fernandes (Sporting Lisbon) dan Ruben Neves (Wolves).

Anugerah tersebut diadakan di Carlos Lopes Pavilion dekat Lisbon di mana Ronaldo menghadapi tahun yang sukar ketika di awal kariernya bersama Sporting Lisbon.

Dia membantu Juventus memenangi Serie A buat kali kelapan berturut-turut pada musim lalu

Benfica menang besar apabila memenangi Pasukan Tahunan Terbaik bagi kategori lelaki dan wanita. – MalaysiaGazette