Federer tersingkir secara mengejut kepada pemain Bulgaria dalam aksi suku akhir Tenis Terbuka AS 2019 semalam

NEW YORK – Juara tenis lima kali  Roger Federer tersingkir dari kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2019 semalam.

Federer yang merupakan pilihan juara kejohanan kali ini kalah mengejut kepada bintang Bulgaria, Grigor Dimitrov dalam aksi dramatik lewat malam.

Federer, 38 yang pernah menang kesemua tujuh pertemuan sebelum itu dikalahkan secara mengejut oleh Dimitrov yang bangkit menang 3-6 6-4 3-6 6-4 6-2 dalam aksi suku akhir.

Dimitrov, 28, akan berdepan pemain Rusia, Daniil Medvedev pada separuh akhir nanti.

“Federer tidak berada dalam prestasi sebenar, jadi saya menggunakan kesempatan itu menewaskan jaguh itu,” kata Dimitrov.

Federer yang menduduki rangking ketiga dunia pernah kecundang dalam pusingan 16 kepada pemain Australia dalam temasya yang sama tahun lalu.

Federer mengakui beliau tidak dapat memberikan yang terbaik disebabkan masalah sakit belakang sepanjang aksi suku akhir hari ini.

Kekalahan itu sekali gus melenyapkan harapan untuk mempertahankan kejuaraan kali keenam itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast