Malaysia Airlines menerima 11 kelulusan ATR.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad meminta para pelanggan membuat pembayaran menggunakan CIMBclicks atau kaedah lain.

Ini kerana, berlaku masalah teknikal dalam sistem kad CIMB.

“Para pelanggan boleh merujuk kepada CIMB untuk maklumat lanjut,” kata syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz memaklumkan sistem perbankan itu tidak digodam.

“Semua sistem perbankan teras beroperasi seperti biasa,” kata Tengku Zafrul kepada Bloomberg. – MalaysiaGazette