Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Nazim Mohd Alim menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, di Masjid Al Fatih, Kem Wardieburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berkenan menghulurkan sumbangan kepada isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kolonel (B) Nazim Mohd Alim kepada Nour Shafinar Harun di Masjid Al-Fatih, Kem Wardieburn semasa menunggu ketibaan jenazah Allahyaram dari Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dipercayai terkena tembakanketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast