Abdallah Morsi. foto Agensi

KAHERAH – Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas dua setengah bulan kematian bapanya.

Abangnya berkata, Abdallah Morsi, 24, kekejangan ketika memandu bersama rakannya dan meninggal dunia selepas itu.

Mohamed adalah ketua negara pertama yang dipilih secara demokratik dalam sejarah moden Mesir.

Beliau meninggal dunia pada bulan Jun lalu akibat serangan jantung pada usia 67 selepas terjatuh ketika sedang dibicarakan di mahkamah.

Tokoh utama dalam Ikhwanul Muslimin telah dipenjarakan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada tahun 2013 selepas hampir satu tahun berkuasa berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya. – MalaysiaGazette