Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mempersoalkan mengapa galakan membeli barangan keluaran Muslim tiba-tiba didakwa oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebagai boikot barangan bukan Islam.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu yakin kempen itu berlaku kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam.

“Dah kamu jual, apasal marah orang nak beli? Jual mahal pun, dah ada orang yang sanggup bayar, awat marah pulak?,” sindirnya.

Nik Mohamad Abduh berkata, beliau tolak boikot kerana boikot barangan yang halal akan merumitkan kehidupan.

Katanya, dia sokong kempen beli barangan Malaysia dan sokong kempen beli makanan dan barangan Muslim.

“Saya sokong kempen keluarga saya membeli di kedai sesama keluarga saya juga.

“Saya tak akan marah orang Cina kempen beli di kedai sesama mereka. Itu hak mereka, tak salah dan dah lama pun mereka buat,” katanya. – MalaysiaGazette