Recep Tayyip Erdogan . foto Agensi

ANKARA – Presiden Turki tidak dapat menerima larangan supaya Ankara tidak dibenarkan mempunyai senjata nuklear sendiri.

Sedangkan larangan itu dikeluarkan oleh negara yang memiliki senjata nuklear.

Tayyip Erdogan bagaimanapun tidak menyatakan usaha Turki untuk melaksanakan rancangannya.

“Beberapa negara mempunyai peluru berpandu dengan kepala peledak nuklear, tidak satu atau dua. Tetapi (mereka memberitahu kita) tidak boleh memilikinya. Saya tidak boleh terima,” katanya kepada anggota Parti AK..

Menurut Erdogan, tidak ada negara maju di dunia yang tidak mempunyai nuklear, sebaliknya banyak negara maju mempunyai senjata nuklear.

Turki menandatangani Perjanjian Pengawalan Nuklear pada tahun 1980, dan juga telah menandatangani Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif 1996, yang melarang semua letupan nuklear untuk sebarang tujuan.

“Jiran terdekat kami adalah Israel. Mereka menakutkan (bangsa-bangsa lain) dengan nuklear. Tiada siapa yang boleh menyentuh mereka,” tegasnya.

Penganalisis asing mengatakan Israel memiliki senjata nuklear yang besar.

Namun, Israel mengekalkan dasar kesamaran berhubung isu nuklear – ia enggan mengesahkan atau menafikan keupayaann. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast