Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Boris Johnson gagal pada peringkat pertama untuk mendapatkan mandat melaksanakan Brexit tanpa rundingan pada 31 Oktober ini..

Perdana Menteri Britain itu hanya memperoleh 298 mengundi memihak kepada pilihan raya sementara 56 lagi menentang.

Pembangkang Parti Buruh pula mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen berkecuali.

Kerajaan Johnson perlu memenangi sekurang-kurangnya 434 undi untuk melaksanakan Brexit tanpa rundingan.

Sebagai maklum balas keputusan itu, Johnson berkata, beliau akan mengemukakan usul untuk pilihan raya umum awal.

Pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, Jeremy Corbyn berkata,
rang undang-undang itu perlu diluluskan sebelum pilihan raya diadakan.

Secara keseluruhan, 21 Ahli Parlimen Tory, termasuk beberapa bekas menteri kabinet, menyertai parti pembangkang untuk menolak langkah kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast