Allahyarham Fauzi Samin

KUALA LUMPUR – Ratusan penggiat seni tanah air hadir memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah pemain gitar terkenal, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji di Masjid As-Shariff, Gombak di sini sebentar tadi.

Aji, 50, sebelum itu dibawa dari sebuah hospital swasta di Shah Alam setelah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham dikatakan mengadu sakit dada pada awal pagi ini sebelum muntah-muntah dan dikejarkan ke hospital berkenaan dengan ambulans.

Tinjauan Malaysia Gazette di Masjid As Shariff mendapati ramai rakan-rakan artis hadir sambil melahirkan rasa terkejut dengan berita kematian pemain gitar berkenaan.

Antara yang hadir adalah Datuk Shiela Majid, Datuk Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Datuk Hattan dan ramai lagi.

Malah Ramli dan Nasir turut sama-sama memandikan jenazah bersama Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak dan selamat dikebumikan kira- kira pukul 7 petang ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.