TERKINI : Majlis Bacaan Yasin sempena Ulangtahun Kelahiran Keputeraan YDP Agong

Bersempena Ulangtahun kelahiran Hari Keputeraan Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan disertai anakanda Tengku Puteri Jihan berkenan berangkat ke Masjid Negara untuk menghadiri majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat.