TERKINI : SOP Perlombongan Bauksit di Pahang Berkuatkuasa Hari Ini – Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) baharu aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang telah dimuktamadkan dan berkuatkuasa hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, SOP yang telah mengambil kita pandangan pihak berkepentingan mengenakan syarat-syarat yang ketat merangkumi seluruh kegiatan rantai perlombongan.