KUALA LUMPUR- Pengurusan tertinggi tentera perlu mengambilkira risiko demontrasi yang dilakukan semasa menyiasat rakan Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya yang terlibat dalam insiden tragis baru-baru ini.

Admin Facebook Rejimen Gerak Khas dalam statusnya hari ini merujuk kepada rakan arwah semasa demontrasi yang dikenali Leftenan Kolonel Razahar.

“Kami faham undang-undang dan prosedur yang perlu sahabat kami Razahar tempuhi selepas apa yang berlaku. Kami juga akur dan menghormati perintah atau apa sahaja hukuman yang dikenakan ke atas sahabat kami yang bersalah.

“Tetapi Mindef dan pihak pengurusan tertinggi ATM juga perlu mengambil kira risiko demo yang dibuat oleh setiap anggota yang terlibat. Sahabat-sahabat kami berlatih setiap hari untuk mendapatkan kesempurnaan demo yang akan dipertontonkan.

“Bukan hanya kerana soal keselamatan tetapi menjaga maruah ATM (Angkatan Tentera Malaysia) itu menjadi keutaaman agar sebarang kejadian semasa demo dipersembahkan tidak memalitkan aib di muka panglima dan dan menteri yang hadir menyaksikannya,” katanya.

Justeru, admin media sosial itu berharap pihak atasan ATM dan menteri terlibat memberi penumpuan kepada aset dan peralatan tentera yang lebih baik daripada mencari kesalahan kepada sahabat mereka (Razahar).

“Apa sahaja hukuman yang dikenakan ke atas sahabat kami oleh mahkamah tetera nanti tak mungkin akan dapat menandingi tekanan dan bebanan perasaan bersalah beliau sekarang.

“Tak perlulah lagi menambahkan penderitaan yang sedang beliau alami,” kata admin dalam ruangan komen statusnya.

Admin terbabit juga memuatnaik video kenangan Allahyarhan Zahir dan Razahar berlatih dalam ATM.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lalai sesaat menyesal sepanjang hayat
    Prinsip KOMANDO
    (Perjuangan tidak terhenti sampai situ)
    Pengorbanan tetap berterusan biar antara kami gugur sebelum bertembut (latihan sebenar hidup mati perkara wajib bergelar komando)akhir kata…benarkan kami mati asal kenang jasa kami sebagai wira Negara.

Comments are closed.