LOH Sin Choon (kanan) bersama pengurusan kanan MMIS menunjukkan harga dagangan saham MMIS yg disenaraikam di Bursa Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR – MMIS Bhd pengeluar peralatan kejuruteraan bercadang menggunakan sebahagian daripada hasil penyenaraian dan pinjaman bank untuk meluaskan kemudahan sedia ada.

Ia berhasrat untuk membeli tanah seluas 4,252 meter persegi (1.05 ekar) bersebelahan dengan kemudahan pengeluaran sekarang bagi menambah keluasan ruang produksi 32,400 kaki persegi kepada 66,600 kaki persegi menjelang akhir tahun 2020,

Pengarah Urusannya MMIS, Loh Chin Soon berkata, dengan perluasan kemudahan itu syarikat berkenaan berkemampuan untuk memenuhi pelbagai keperluan spesifikasi kepada pelanggan sedia ada dan juga kepada pelanggan baharu.

Dalam masa yang sama, ia juga akan dapat menguasai pelbagai industri untuk menarik minat pelanggan baharu.

MMIS adalah pengeluar peralatan kejuruteraan ketepatan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan multinasional dalam rangkaian industri semikonduktor dan memenuhi keperluan pelbagai pelanggan industri termasuk bidang perubatan, kejuruteraan, pembungkusan elektronik, minyak dan gas, janakuasa serta automotif.

Syarikat itu telah membuat kemunculan sulung melalui penyenaraian di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) di Bursa Malaysia dengan mencatat premium 20 peratus atau 2 sen daripada harga IPO RM0.10.

Sebanyak dua juta saham telah didagangkan sejak ia mula disenaraikan pada awal pagi dagangan di Bursa Malaysia.

MMIS memperuntukkan sehingga 50 juta saham biasa baharu dengan mewakili 10 peratus daripada modal saham diperbesarkan kepada pelabur pada harga 10 sen sesaham, sebagai usaha untuk menjana sehingga RM5 million.

Dengan penyenaraian itu, MMIS akan memiliki permodalan pasaran sebanyak RM50 juta.

Loh berkata, industri kejuruteraan di Malaysia menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik.

Melalui portfolio pelanggan dan aset yang kukuh, MMIS berkeyakinan akan terus berada pada kedudukannya yang baik dengan pertumbuhan industri jangka panjang.

“Penyenaraian ini akan membolehkan misi MMIS untuk menjadi peneraju pengeluar dan penyelesai utama dalam industri fabrikasi logam di Malaysia dan ASEAN tercapai,” kata Loh pada majlis pelancaran logo korporat baharu dan misi serta visi syarikat dengan nilai terasnya. – MalaysiaGazette