Serena Williams berjaya melangkah ke final Tenis Terbuka AS Sabtu ini untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-24 kariernya menentang pemain muda Kanada nanti

NEW YORK – Tinggal selangkah lagi untuk Ratu Tenis Dunia, Serena Williams untuk mencatat rekod kejuaraan Grand Slam ke-24 kariernya menjelang final Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2019 Sabtu ini.

Dalam aksi separuh akhir hari ini, bintang AS itu menang bergaya ke atas pemain Ukraine Elina Svitolina 6-3 6-1 untuk mara ke pusingan akhir.

Bintang berusia, 37 tahun itu yang kini menduduki rangking kelapan dunia mensyasarkan kejuaraan Grand Slam pertama selepas berehat sejak September 2017 kerana melahirkan anak.

Bianca mencipta kejutan sebagai satu-satunya ratu tenis Kanada yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Terbuka AS Sabtu ini dan mensasarkan Grand Slam keempat kariernya menentang ratu Amerika dan juara bertahan Serena Williams

Sebelum ini, Serena pernah menjuarai gelaran Terbuka AS sebanyak enam kali dan kali ini akan berentap di final menentang pemain muda berusia 19 tahun dari Kanada, Bianca Andreesu.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Flusihing Meadows, Bianca Andreesu menewaskan lawannya pemain Switzerland Belinda Bencic 7-6 (7-3) 7-5.

Bagi Andreesu ini merupakan penampilan julung kali di pentas final Terbuka AS selain satu-satunya pemain Kanada yang mara ke perlawanan akhir dalam temasya tersebut.

Andreesu dilahirkan pada tahun 1999 ketika Williams julung kali menjuarai gelaran AS di gelanggang sama di Flushing Meadows. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast