TERKINI : 50 Pemain Industri Sertai Program ‘be-Halal’ – Dr Wan Azizah

SERDANG – Kerajaan memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu Program Pembangunan Strategik Industri Halal atau be-Halal di bawah Sekretariat Majlis Halal Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan menggunakan Halal Fiesta Malaysia (Halfest) sebagai platform, be-Halal merupakan inisiatif bagi memacu pertumbuhan industri halal melalui program pembangunan holistik di kalangan pemain industri halal di negara ini.

“Untuk permulaan, seramai 50 pemain industri halal akan dipilih menyertai program be-Halal oleh sekretariat.