TERKINI : “Perdana Menteri Memalukan dan Mengecewakan” Keluarkan Azmin Ali – Shahrin Azlan

SHAH ALAM – Cukup-cukuplah Perdana Menteri dan Peguam Negara memejamkan mata, memekakkan telinga dalam menangani isu video seks luar tabii yang melibatkan seorang menteri kanan.

Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan berkata, pihaknya telah pun menyerahkan laporan forensik dari pakar United Kingdom (UK) yang membuat kajian terhadap pelaku dalam video berkenaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lalu.